Sunday, November 21, 2010

Eksperimen Litar Siri dan Selari

Satelit Pemangkin Sistem Komunikasi

Kalau anda menonton filem Transformer: Revenge of the Fallen pasti boleh mengingati robot dari Decepticon yang cuba mengawal komunikasi bumi dengan menggodam satelit ketika awal babak filem terbabit.
Kenapa ia dilakukan?
Jelas, satelit memainkan peranan penting dalam sistem komunikasi dan boleh dikatakan nyawa penduduk 
di bumi yang bergantung kepada penggunaannya sama ada untuk 
tujuan komunikasi, keselamatan, hiburan dan sebagainya.

Secara umumnya, satelit adalah objek berputar di angkasa mengelilingi objek lain yang lebih besar seterusnya mengekalkan posisi dalam graviti objek tersebut. Ia berdasarkan konsep astronomi dengan merujuk keadaan bulan dan matahari yang mengelilingi bumi sebagai ‘satelit’ asli sedia ada. Konsep astronomi terbabit yang mendatangkan idea penciptaan satelit buatan manusia yang mengelilingi bumi bagi tujuan komunikasi seterusnya menempa satu lagi pembaharuan dalam perkembangan ketamadunan manusia.


Satelit dengan capaian komunikasi serantau diperkenalkan pada 1960 dengan memantulkan transmisi sehala melalui ECHO 1 sementara pelopor generasi satelit baru dimulakan pada 1962 apabila TelStar yang mempunyai pemancar penerima serta penghantar isyarat diperkenalkan. Bercakap soal penerimaan isyarat, satelit mampu menghantar isyarat pada gelombang rendah membolehkan penerimaannya di bumi melalui perkakasan penerima menjangkau liputan meluas ke pelusuk dunia. 
Jadi, tidak hairanlah kalau dikatakan satelit sebagai jawapan kepada persoalan sambungan liputan di kawasan pedalaman terutama membabitkan perkampungan yang sukar dijangkau sistem komunikasi lain.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), satelit buatan manusia yang pertama mengorbit bumi ialah Sputnik 1, dibina oleh Soviet Union dan dilancarkan pada 4 Oktober 1957. Sputnik mempunyai orbit yang berbentuk bujur dan bergerak pada altitud di antara 225 hingga 950 kilometer (km). Sepanjang berada di orbit, ia menyiarkan isyarat bip selama 21 hari sebelum terbakar di atmosfera bumi pada 4 Januari 1958.

Satelit memerlukan teknologi yang unik dan tahan lasak bagi membolehkannya bertahan semasa proses pelancaran dan menghadapi persekitaran angkasa yang ekstrim. Satelit juga perlu membawa sumber tenaganya sendiri kerana ia tidak dapat menerimanya dari bumi. Ia harus mengekalkan orientasinya atau menghadap pada arah yang tertentu bagi menjayakan misinya selain perlu mengekalkan suhu bersesuaian ketika berada dalam keadaan panas matahari dan cuaca sejuk ruang angkasa. Malah, satelit perlu berupaya bertahan dengan tahap radiasi yang tinggi dan pelanggaran dengan mikrometeoroid.

Fiber Optik

Fiber optik atau dikenali juga sebagai gentian optik boleh digunakan sebagai perantaraan (medium) bagi telekomunikasi dan jaringan komputer kerana ia sangat mudah lentur dan boleh diikat sebagai kabel. 

 
Core adalah kaca nipis yang merupakan bahgian inti pada fiber optik yang mana penyebaran sinar dilakukan.
Cladding adalah bahan yang mengelilingi core berfungsi memantulkan kembali sinar ke dalam core.
Buffer Coating adalah lapisan plastik yang melindungi fiber daripada kerosakan.

Cahaya yang dipancarkan melalui gentian disimpan disebabkan pantulan dalam penuh (total internal reflection) dalam bahan tersebut. Ini adalah ciri penting yang menyingkirkan silang isyarat antara gentian dalam kebal dan membenarkan pemasangan kabel dengan belokan dan pusingan.

Dalam kegunaan telekomunikasi, cahaya yang digunakan biasanya cahaya infra, pada gelombang cahaya menghampiri penyerapan jarak gelombang minimum bagi gentian yang digunakan.

Sunday, November 14, 2010

Pemasangan RJ-45

1.   Semua peralatan kerja disediakan : 
       Kabel UTP CAT5, Connector RJ-45, Network Taster, Pemotong, Clamper

2.   Kabel UTP CAT5 dipotong kira-kira 25 hingga 30 cm.

3.   Penebat di hujung kedua-dua belah kabel dipotong sepanjang 3 cm.
4.   Wayar dalam kabel UTP CAT5 disusun mengikut susunan yang betul.
Berikut adalah urutan kabel bagi RJ-45:
5.   Hujung kabel dipotong rapi dan sejajar. Kemudian, Wayar dimasukkan ke dalam Connector RJ-45 

6.   Connector RJ-45 yang sudah siap dimasukkan dengan kabel diklip dengan menggunakan Clamper.

7.   Pengujian sambungan dilakukan dengan menggunakan Network Tester
 

Keterangan lanjut, sila ke Pemasangan Kabel UTP RJ45

Friday, November 12, 2010

Litar Siri & Litar Selari

Litar boleh didefinisikan sebagai satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (LED / mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar). Terdapat dua jenis litar asas iaitu litar siri dan litar selari.

Sambungan sesiri adalah sambungan terhadap perintang yang disambungkan sederet dari hujung ke hujung. Manakala sambungan selari adalah sambungan terhadap perintang yang disambung bertentangan di antara satu sama lain.

Terdapat beberapa perbezaan di antara litar siri dan litar selari. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan dari segi pengiraan dan juga ciri.
ITEM
LITAR SIRI
LITAR SELARI
VOLTAN
Berkurang bila beban bertambah
Sama nilai di semua tempat
ARUS
Sama nilai di semua tempat
Berkurang bila beban bertambah
RINTANGAN
Bertambah bila beban bertambah
Lebih kecil daripada nilai beban yang paling kecil dalam litar
KECERAHAN
Semakin malap bila beban bertambah
Sama cerah bila beban bertambah atau berkurang
AKIBAT
Satu beban tidak berfungsi, maka kesemua beban tidak berfungsi
Satu beban tidak berfungsi, beban lain tetap berfungsi

Tuesday, November 9, 2010

Dunia Tanpa Sempadan

Salam Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog ini. 
Ibarat irama dan lagu, manusia dan teknologi juga 
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. 
Diharap anda semua mendapat manfaat daripada info-info yang dipaparkan.
~~ WELCOME TO THE WORLD OF TELECOMMUNICATION ~~


Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘tele’ bermaksud “sangat jauh”. Ia memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen berikut :

Penghantar -- mencipta maklumat yang akan dihantar

Bahantara -- maklumat akan dihantar melaluinya
Penerima -- menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan

Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer. Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk suara dan muzik, gambar dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.



Pendek kata : Segalanya di hujung jari anda yang mana 

dunia sekarang sudah tiada sempadannya.

 Link : Telecom_network