ABOUT ME

Saya Fazraniza Binti Abdullah. Lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada tahun 2007. Pernah bekerja dalam sektor perindustrian di sebuah kilang elektronik di Bandar Baru Bangi, Selangor. Pada tahun 2009, saya mengikut program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia. Kini mencurahkan
khidmat bakti di Institut Latihan Perindustrian Miri, Sarawak.
Institut Latihan Perindustrian Miri telah ditubuhkan oleh Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2004, bertujuan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir Malaysia dengan menyediakan latihan vokasional diperingkat pertengahan dengan pengkhususan dalam bidang-bidang yang berteknologi tinggi dan sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi disektor pembuatan.

ILP Miri dapat menampung seramai 600 orang pelatih setiap tahun. Institut latihan perindustrian ini yang berkeluasan 60 ekar hanya terletak 25 km dari Lapangan Terbang Miri dan 17 km dari pusat bandaraya Miri. Pusat latihan ILP Miri telah beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2007 dan menawarkan enam bidang kursus yang utama iaitu

Kursus Juruelektrik,
Rekabentuk Produk Industri,
Telekomunikasi,
Pemasangan Paip dan Gas,
Teknologi Komputer serta Penyejukbekuan,
Penyamanan Udara.

Dengan adanya Institut Latihan Perindustrian ini akan menghasilkan tenaga mahir yang sangat-sangat diperlukan oleh industri di Sarawak, amnya di Malaysia, dapat dipenuhi. Di samping itu ILP Miri juga membuka peluang kepada pekerja industri di Sarawak untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.


IntriM Portal